Header Ads Widget

Ruangan Iklan Header

Apa Perbezaan Banner, Bunting & Poster?

Banner , Bunting & Poster fungsinya adalah sama. Ketiganya adalah alat komunikasi visual yang bertujuan menarik perhatian dan menyampaikan pesan dengan cara yang mudah dipahami.

Untuk kenal setiap item , Mari saya jelaskan satu-satu dibawah ini;


Definisi dan Ciri-ciri Banner

Banner biasanya direka dalam orientasi melintang (landskap) dan bersaiz besar, sering kali mencecah 6 kaki hingga lebih 20 kaki lebar. Ia diperbuat daripada bahan yang tahan lasak dan kalis cuaca seperti Tarpaulin atau PVC. Banner biasanya digantung di tempat terbuka seperti pagar atau bangunan menggunakan tali melalui lubang mata ayam (eyelets) untuk menarik perhatian orang ramai dari jarak jauh.


Definisi dan Ciri-ciri Bunting

Bunting pula direka dalam orientasi menegak (potret) dengan saiz standard yang lebih kecil, biasanya sekitar 2 kaki x 5 kaki atau 2 kaki x 6 kaki. Ia sering dipasang pada X-stand atau T-stand, atau diikat pada tiang lampu. Bunting lebih sesuai diletakkan di laluan pejalan kaki atau pintu masuk untuk memberikan maklumat spesifik kepada orang yang berada berdekatan.


Definisi dan Ciri-ciri Poster

Poster biasanya bersaiz lebih kecil seperti A4, A3, A2, atau A1 dan dicetak menggunakan kertas berkualiti tinggi seperti Art Paper atau Art Card. Tidak seperti banner atau bunting, poster biasanya tidak kalis cuaca dan direka untuk ditampal pada dinding, papan kenyataan, atau diletakkan di dalam bingkai. Ia bertujuan untuk menyampaikan maklumat terperinci yang perlu dibaca dari jarak dekat.


Nak lebih jelas? Mari kita lihat dalam bentuk jadual;


Jadual Perbandingan Ringkas

Untuk memudahkan pemahaman, berikut adalah perbezaan utama antara ketiga-tiganya:
CiriBannerBuntingPoster
OrientasiMelintang (Landskap)Menegak (Potret)Menegak / Melintang
SaizBesarSederhanaKecil
BahanTarpaulin / PVCTarpaulin / YupoArt Paper / Art Card
PemasanganDiikat dengan taliX-Stand / T-StandDitampal / Dibingkai
Jarak PandanganJauhSederhanaDekat



Post a Comment

0 Comments