SEBUT HARGA (QUOTATION)
1) Proses sebut harga bagi tempahan "ready made" adalah 1 hari bekerja manakala bagi tempahan "customade" adalah 3 hari bekerja.
2) Sekiranya pihak kami perlu datang ke tempat anda (kerja-kerja mengukur atau lain-lain). Caj (minimum RM 100) akan dikenakan.
3) Sebut harga yang telah dikeluarkan hanya sah dalam tempoh 30 hari. Sekiranya tempahan dibuat selepas tamat tempoh, sebut harga yang baru akan dikeluarkan.
PEMBAYARAN (PAYMENT)
1) Bagi tempahan kurang dari RM 1,000.00, pembayaran penuh hendaklah dibuat sebelum kerja dilaksanakan. Bagi tempahan melebihi RM 1,000.00, pembayaran 70% perlu dibuat sebelum kerja dilaksanakan dan bakinya setelah kerja tersebut telah siap.
2) Kami tidak menerima tempahan menggunakan LO. Sebarang tempahan dari agensi kerajaan/ agensi berkaitan dengan kerajaan/ ejen yang berurusan dengan agensi kerajaan bagi sesuatu projek berkaitan design dan cetakan. Pembayaran penuh mestilah dibuat sebelum kerja dilaksanakan.
3) Pembayaran boleh dibuat melalui Cek atau pembayaran atas talian ke akaun rasmi syarikat. Bagi pembayaran melalui cek, Tempahan hanya boleh diproses setelah cek "clear"
4) Pembayaran hendaklah dibuat ke:-
5) Sila hantarkan salinan resit pembayaran melalui Whatsapp https://dsprinting.wasap.my atau emailkan ke dsprintinghq@gmail.com Tempahan akan diproses setelah pengesahan pembayaran dibuat.
REKAAN (DESIGN)
1) Harga caj minimum bagi design adalah RM 50.00. Harga berbeza mengikut jenis design yang dikehendaki oleh pelanggan.
2) Proses design adalah dalam 5 hari bekerja tidak termasuk sekiranya ada pindaan dari pihak pelanggan
3) Hanya 3 kali pindaan "major" dibenarkan. Sekiranya pindaan "major" melebihi 3 kali. Caj RM 50 akan dikenakan bagi setiap kali pindaan.
4) Kami tidak menerima tempahan rekaan yang mengandungi:-
a) Rekaan yang memaparkan model tidak menutup aurat dan tidak menepati garis panduan syariah yang telah ditetapkan.
b) Rekaan yang mempunyai unsur-unsur lucah, menyentuh sensitiviti agama, budaya dan masyarakat dan melanggar undang-undang negara.
CETAKAN (PRINTING)
1) Kami akan mendapatkan pengesahan pelanggan sebelum proses cetakan dibuat. Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku masalah cetakan di atas kecuaian pelanggan.
2) Adalah dimaklumkan bahawa warna cetakan tidak akan sama 100% dengan warna rekaan (design) yang diberi.
3) Proses cetakan bagi tempahan "readymade" akan mengambil masa 7 hari sehingga 14 hari bekerja manakala tempahan "customade" akan mengambil masa 14 sehingga 30 hari bekerja.
4) Tempahan segera (urgent) bergantung pada keadaan. Harga pula adalah berbeza dengan harga biasa.
PENGHANTARAN (POSTAGE)
1) Kami menyediakan penghantaran menggunakan khidmat runner (bagi kawasan Johor Bahru) dan J&T Services ( bagi penghantaran seluruh Malaysia)
2) Caj penghantaran adalah berbeza mengikut jenis tempahan dan lokasi penghantaran.
3) Sebarang masalah yang berlaku semasa penghantaran adalah di luar tanggungjawab kami walau bagaimanapun pihak kami akan sentiasa berhubung dengan pihak kurier untuk memastikan barang tersebut sampai kepada pelanggan dibuat.
PEMULANGAN (REFUND)
1) Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kesilapan akibat kecuaian pelanggan semasa membuat pengesahan sebelum proses cetakan dimulakan.
2) Pelanggan hendaklah melaporkan kerosakan dalam tempoh 7 hari bekerja berserta bukti bergambar dan resit pembelian
3) Pelanggan hendaklah menghantar produk yang rosak ke alamat:-
4) Pihak kami akan menilai semula kerosakan yang berlau dan sekiranya kesilapan berpunca dari pihak kami. Kami sedia menukarkan dengan yang baru atau membayar ganti rugi seperti yang dipersetujui di antara pihak kami dan pelanggan.
0 Comments